Wednesday, February 23, 2011

KONTRAK 578 GURU SANDARAN SABAH PERLU DIPERBAHARUI DENGAN SEGERA


Pendirian Parti Barisan Rakyat Sabah (Parti SPF), mendesak Jabatan Pelajaran Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya memperbaharui segera kontrak kepada guru-guru sandaran yang telah ditamatkan kontrak mereka. Kami (Parti SPF) tidak mahu mereka-mereka ini menjadi penganggur kembali disebabkan pengurusan Jabatan dan Kementerian Pelajaran yang pilih kasih. Kenapa kontrak mereka (guru-guru sandaran) tidak diperbaharui pada hal mereka ini mempunyai kelayakan dan kebolehan.

Parti SPF mohon kepada Jabatan dan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya mereka (guru-guru sandaran) ini disambung kontrak sebelum mereka ini ditempatkan di institusi-institusi perguruan ataupun mereka diberi kursus-kursus semasa musim-musim cuti persekolahan, ataupun benarlah bahawa guru-guru sandaran ini ditamatkan kontrak mereka supaya Kementerian Pelajaran Malaysia dapat memberi laluan kepada guru-guru daripada semenanjung Malaysia untuk mengambil alih tempat guru-guru sandaran ini. Jika ini terjadi maka terbuktilah bahawa seruan dan kenyataan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (Ahad) dan Datuk Masidi Manjun (Isnin) adalah palsu belaka. Kita tunggu dan lihat kebenaranya.

 
Lusin Balangon
Bendahari Agung
Merangkap Pengerusi P.175 Papar & N.21 Kawang

Friday, February 18, 2011

SPF – BUMIPUTERA BUKAN ISLAM DENGAN BUMIPUTERA ISLAM PERLU BERSATU.

Sabah telah menjadi wilayah jajahan tanah malaya sudah 41 tahun sejak berakhirnya tempoh berkuasa mereka di sabah pada tahun 1970 seperti yang dipersetujui oleh pihak british dan pemimpin kemerdekaan sabah seperti Tun Fuad,GS.Sundang dan Tun Mustapha dan perkara itu telah dimetraikan dalam perjanjian pembentukan Malaysia melalui memorandum 20 perkara.Autonomi dan kekayaan sabah telah mula di canang oleh pemimpin tanah malaya pada masa perdana menteri Malaysia kedua Tun Razak Bin Hussein dan Tun Mahathir bermula 1969.Penubuhan syarikat petronas itu telah ditentang hebat oleh pemimpin kemerdekaan sabah seperti Tun Fuad,GS.Sundang dan Tun Mustapha kerana pengambilan autonomi sabah dan kekayaan negeri sabah boleh memudaratkan serta merugikan rakyat tempatan.Syarikat petronas kini diterajui oleh anak Tun Mahathir sebagai pengarah syarikat tersebut.

Proses pembentukan Malaysia hari ini,sudah tidak bermakna lagi dalam pandangan pihak british dan PBB yang telah menjadi saksi kepada proses pembentukan Malaysia yang disifatkan oleh mereka sudah melanggar hak-hak kemanusiaan dan melakukan jenayah ekonomi.Saya menyeru kepada semua rakyat tempatan sabah dan orang asing yang tinggal di sabah supaya berhenti memberikan sokongan kepada Barisan National dan UMNO untuk menyelamatkan autonomi dan kepentingan rakyat sabah.Penjelasan Tuku Razaleigh Hamzah tentang keputusan perbincangan royalty minyak pada tahun 1974 yang dihadiri oleh Tun Fuad adalah satu pembohongan besar beliau kepada rakyat sabah yang mengatakan bahawa Tun Fuad telah bersetuju.

Di dalam penyelidikan saya,Tun Fuad dan Tun Mustapha tidak bersetuju dalam rundingan itu kerana merugikan rakyat sabah,oleh itu Tun Fuad tidak menandatangani keputusan itu,tetapi ketua menteri sarawak bersetuju tetapi akhirnya beliau juga menyesal dan ingin menarik diri dalam rundingan itu tetapi pusat telah memecat beliau.Saya mempunyai satu bukti bahawa Tun Fuad tidak bersetuju dan tidak menandatangani rundingan royalty minyak itu,iaitu ketika rundingan di Labuan,beliau tidak menandatangani sebarang perjanjian antara petronas.Kerajaan Kelantan mempunyai pengetahuan tentang matlamat Tun Fuad setelah beliau menolak rundingan perjanjian menandatangani isi royalty minyak yang memberikan sabah dan sarawak hanya 5% sahaja.Setelah beberapa minggu Tun Fuad meninggal dunia,syarikat petronas dengan sendirinya membayar royalty minyak kepada sabah dan sarawak hanya 5% percent sahaja sehingga hari ini.

Pemimpin tempatan sabah begitu bodoh dan tamak kuasa sehingga sanggup menipu orangnya sendiri untuk kepentingan mereka sendiri.Parti-parti tempatan sabah seperti PBS,UPKO, LDP dan PBRS harus bertanggungjawab segala masalah yang berlaku di sabah hari ini.Saya turut kesal apa yang berlaku kebelakangan ini tentang isu Mohd.Akjan yang menggelarkan diri beliau sebagai sultan sulu.Isu ini tidak harus terjadi di sabah kerana tuntutan sultan sulu daripada pilipina pada 1946 telahpun dimansuhkan oleh pihak british pada tahun 1959 dan sebarang tuntutan selepas itu tidak lagi berguna.

Jadi saya ingin menasihatkan kepada Mohd.Akjan supaya bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat tempatan sabah kerana beliau selamat tinggal di sini tanpa sebarang masalah,dan tindakan beliau mengistiharkan dirinya sebagai sultan sulu di sabah adalah satu penghinaan kepada rakyat tempatan sabah dan beliau harus di ambil tindakan dengan tegas dan melucutkan kerakyataan beliau dan hantar pulang ke negara asal beliau agar semua pihak merasa gembira dan etnik suluk yang berada di sabah juga tidak merasa terganggu.

Perjuangan saya adalah menuntut hak-hak sabah termasuk kekayaan yang seharusnya dinikmati oleh rakyat tempatan sabah.Saya turut menggesa dan mencabar perdana menteri Malaysia Najib Tun Razak,supaya membawa memorandum yang saya hantar melalui face book beliau agar perkara itu di buka ke muka pengadilan antarabangsa untuk menentukan siapa yang seharusnya layak menikmati kekayaan sabah dan kelayakan mereka terus mentadbir sabah.Perkara ini harus dibuat secara jentelmen dan harus diperjelaskan secara terbuka kepada rakyat tempatan sabah dan jangan bersembunyi di sebalik ISA untuk menyembunyikan ketakutan mereka terhadap penindasan mereka terhadap ekonomi sabah.



Pentadbiran pusat di sabah banyak mendatangkan bahaya dan diskriminasi terhadap penduduk tempatan sabah.Hari ini rakyat sabah harus berfikir dan berpijak dibumi nyata untuk menyelamatkan generasi akan datang dan anak-anak muda kita hari ini.Jangan fikir takut kehilangan kerja atau keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak pusat yang hanya memerangkap kita semua.Kita tidak takut jika pusat menyekat kewangan di sabah,kerana dunia sedang memperhatikan setiap kesusahan yang kita alami. Bumiputera bukan Islam dan bumiputera Islam harus bersatu untuk berjuang bersama rakyat dan janganlah terus menjadi bodoh seperti kerbau yang dicucuk hidungnya dan diarahkan sana ke sini oleh pihak pusat.Pemimpin tempatan jangan terlalu taksub dengan kuasa dan pangkat sedangkan rakyat yang menjadikan mereka sebagai pemimpin di tipu dan tidak dihormati pandangan mereka.

Saya boleh katakana bahawa Negara kita ini bukanlah sebuah Negara demokrasi seperti yang dilaung-laungkan oleh perdana menteri Najib Tun Razak, tetapi sebuah Negara kukuh besi dan rasuah.Saya boleh bagi beberapa bukti bahawa Negara kita ini bukan demokrasi iaitu media massa,media elektronik,kebebasan bersuara,kebebasan beragama dan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang terutamanya di sabah. Sebagai rakyat tempatan sabah,saya memberikan nasihat kepada semua orang yang diam di sabah apa juga jenis bangsa dan budaya kita supaya menolak semua parti-parti yang berasal daripada semenanjung kerana mereka itu hanyalah mahukan kekayaan kita sahaja dan tidak memberikan keuntungan kepada kita.

Encik Maslan Bin Maginda
Ketua Bahagian N 5 Tandek
Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF) 

Monday, February 14, 2011

CADANGAN PINDAH KEM PARADISE, KOTA BELUD (KELUARAN HARIAN EKSPRESS 14HB FEBRUARI 2011)


Kenyataan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk berbincang dengan Kementerian Pertahanan untuk menjadikan tapak Kem Paradise yang tidak lagi sesuai dijadikan kem latihan tentera supaya dijadikan penempatan penduduk dan kawasan mengusahakan kegiatan pertanian amat kami sokong (Parti SPF), tetapi jangan disalahgunakan demi kepentingan Part BN atau orang-orang tertentu sahaja. 

Sebagai contoh, perumahan kos rendah yang boleh dimiliki oleh rakyat termiskin bandar seperti di Taman Telipok Ria dan Taman Rugading, Telipok. Kita melihat dan menyelidik dan mendapati mereka yang tinggal di taman-taman tersebut majoritinya adalah warga asing yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia mahupun berstatus IMM13 ataupun passport yang mana mereka dipindahkan daripada Pulau Gaya, Lembaga Padi Likas dan lain-lain tempat yang tidak dapat dipastikan. Sekiranya ini akan terjadi di kawasan Kota Belud, maka keadaan mungkin akan berubah seperti di kawasan Telipok yang mana terlalu ramai penduduk asing yang mana memberi keraguan kepada rakyat tempatan dan bumiputera yang tinggal di kawasan tersebut kerana keadaan kehidupan mereka amat berbeza dengan orang tempatan asal Sabah yang mana mereka (warga asing) mengamalkan budaya sosial bebas dan budaya samsing.

Oleh itu kementerian yang merancang dan mencadangkan perkara ini harus telus dan ikhlas kepada rakyat tempatan di kawasan Kem Paradise khususnya dan penduduk Kota Belud amnya.


En. Slun Dueasim
Timbalan Setiausaha Agung
Merangkap Setiausaha Kerja Pusat

Sunday, February 13, 2011

PKR BUKAN KETANDUSAN PEMIMPIN, TETAPI KETIDAK-PERCAYAAN PKR TERHADAP KEBOLEHAN PEMIMPIN NEGERI SABAH


Kenyataan ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, keluaran Harian Ekspress pada 8hb Februari 2011 kurang tepat, kerana banyak lagi pemimpin negeri yang mempunyai kelulusan tinggi mempunyai kepimpinan dan berkemampuan, tetapi itulah lumrahnya pemimpin-pemimpin dari Semenanjung – menganggap bahawa pemimpin-pemimpin rakyat Sabah tidak setaraf dengan kepimpinan dari seberang. Kalau kita imbas kembali waktu sejarah semasa UMNO masuk di Negeri Sabah, mula-mula Alyarham Tun Datuk Mustapha Bin Datuk Harun dilantik sebagai ketua perhubungan UMNO Negeri, waktu era pemerintahan parti PBS, setelah ada krisis kepimpinan UMNO negeri ketika itu, maka Alyarham Tun Ghafar Baba selaku Timbalan Perdana Menteri di lantik menjadi ketua perhubungan UMNO Negeri Sabah. Jadi, sejarah UMNO masuk ke negeri Sabah berulang kembali dengan kemasukan PKR di negeri Sabah ini yang mana pemimpin dari Semenanjung yang merupakan Presiden PKR sendiri iaitu Dr. Wan Azizah Ibrahim menjadi ketua PKR Negeri Sabah. Dengan kejadian sejarah berulang ini, maka rakyat Sabah harus berfikiran waras/bijaksana apa yang akan terjadi dengan kepimpinan negeri sekiranya parti-parti dari Semenanjung bertukar-tukar memerintah Negeri Sabah. Saya berpendapat bahawa rakyat Sabah harus memberi sokongan terhadap parti-parti  pembangkang di Negeri Sabah diantara parti SPF atau parti SAPP yang ada pada masa kini.
 
Oleh: 
En. Sidum Manjin
Pengerusi Bahagian N35 Melalap, Tenom.

Tuesday, February 1, 2011

Visi dan harapan Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF)

Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF) adalah mengundang semua orang dari Sabah untuk bergabung dengan parti Sabah tempatan dan untuk melawan dan memenangi kembali hak-hak rakyat Sabah yang telah memudar dan terkikis.

Kehadiran Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF) adalah untuk membawa kembali hak-hak rakyat Sabah dan mengembalikan kejayaan negara pada masa lalu. Kamu mampu mengubahnya!